Tuesday, May 27, 2008

LAPORAN TAHUNAN KELAB KANAK-KANAK JIM JOHOR BAHRU

LAPORAN TAHUNAN KELAB KANAK-KANAK JIM JOHOR BAHRU

SESI 2006/2007

Pengarah : Puan Norliza bt Shamsudin

Timbalan Pengarah : Cik Sri Wana bt Buniran

Setiausaha : Puan Laili Suhana

Bendahari : Cik Faryzah bt Safar

Ahli Jawatankuasa : Cik Rohaizat bt Mahat

Puan Siti Junainah bt Md Som

Ahli Kelab Kanak-kanak JIM Johor Bahru terdiri daripada kanak-kanak yang berumaur di antara 5-12 tahun.Seramai 120 orang kanak-kanak telah pun mendaftar sebagai ahli

Pelbagai aktiviti telah dirancangkan telah dapat dijalankan Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti yang tergendala disebabkan banjir yang melanda Johor pada awal tahun 2007.

Aktivit-aktiviti pada tahun 2006 adalah:

26 0gos 2006

Program Cuti Sekolah JOM KE DUSUN.

Program ini talah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli dan bukan ahli.Lawatan ke Kg Pok yang terletak Paya Mengkuang , Gelang Patah ini adalah dengan kerjasama Ketua Kg Pok iaitu Hj Masud dan masyarakat kampung berkenaan. 2 buah bas

telah disediakan untuk membawa kanak ini ke sana.

Antara objektif program ialah mengujudkan keseronokan kepada ahli-ahli untuk balik ke kampung dan menikmati kelazatan buah-buahan tempatan.Buah-buahan tersebut ialah rambutan, manggis dan pulasan .Kebun buah-buahan tersebut adalah kepunyaan ketu kampung sendiri. Turut serta dalam lawatan itu adalah Ketua Wanita JIM JB, Dr Norizam bt Alias dan keluarga , AJK Wanita JIM JB,AJK JIM JB iaitu Encik Kamal b Khalil dan keluarga serta ibu-ibu sebagai pembantu.

10 September 2006

Program Semarak Ramadhan

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rofadlin bin Jusoh ,guru dari Sekolah Rendah Islam Hidayah. Pertandingan mewarna dan mengarang turut diadakan.3 hadiah disediakan untuk setiap kategori.

13 Oktober 2006

Program pecah tabung infaq dan iftar Ramadhan.Pertama kali di adakan di pejabat JIM Taman Desa Skudai.Seramai 100 orang ahli telah hadir. Pertandingan membaca surah lazim telah diadakan, yang diadili oleh Ustazah Nabilah dan Puan Solihah.

Pecah tabung infaq pula telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3,343.72. Sebahagian telahpun didermakan kepada orang-orang miskin .Sebahagian lagi akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti Kelab Kanak-kanak JIM JB.

Aktiviti –aktiviti 2007.

Program Love To Solat telah diadakan di Masjid Bandar Baru Uda.Ini adalah anjuran AJK Wanita Masjid Bandar Baru Uda dengan kerjasama AJK JIM JB.Program ini telah di cadangkan oleh Puan Hidayat yang merupakan AJK masjid tersebut.Sambutan dari anak-anak qariah masjid amat menggalakkan.

12 OGOS 2007

Program Semarak Ramadhan dan Pelancaran Tabung Infak

Seramai lebih kurang 40 orang kanak-kanak telah hadir. Majlis dimulakan dengan pembacaan Al Quran surah Al Baqarah ayat 153 -158 oleh adik Azfar b Hisham, 12 tahun dan terjemahannya oleh adik Muhammad Azimuddin 11 tahun.

Pelancaran tabung infaq telah dilancarkan oleh Dr Siti Zaiton yang juga setiausaha WJIMJB.

Ceramah semarak ramadhan pula telah disampaikan oleh Ustaz Azmin b Yusof. Beliau menyarankan supaya anak-anak memperbanyakkan membaca Al Quran bermula dari bulan Rejab, Syaaban lagi sebelum tibanya bulan Ramadhan.Anak-anak juga digalakkan mula berpuasa sunat supaya mudah berpuasa bila tibanya bulan Ramadhan.

Selepas rehat, kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Tiap-tiap kumpulan dikehendaki menyiapkan teka silangkata dan membuat satu persembahan,bertemakan kemerdekaaan atau pengisian ceramah. Fasilitator terdiri dari kakak-kakak sekolah menengah dan tahun enam.Mereka adalah Sarah Naqiyah,Nadia Syahirah, Nur Raihana dan Asma Aqilah.Turut membantu menyediakan teka silangkata ialah Nur Liyana.

Sebelum pulang kanak-kanak telah diberikan bendera gula-gula dan sebungkus makanan ringan.Ianya telah dikendalikan oleh Puan Aziah. Turut membantu ialah Puan Laili Suhana dan Puan Norliza sebagai pengerusi majlis.

Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.

No comments: