Thursday, July 24, 2008
ENZ CONSULTANT
Tempat:UTM Skudai Johor Bahru,JOHOR
Tuesday, May 27, 2008
Lawatan sambil belajar ke Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang
Kelab Kanak-kanak JIM Johor Bahru
Lawatan sambil belajar ke Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang
Isnin – 31 hb Disember 2007
7.30 am Berkumpul di pejabat JIM Taman Desa Skudai .
Pendaftaran dan pembayaran (RM15 seorang) dibuat sebelum anak-anak menaiki 2 buah bas yang telah sedia menunggu. Seramai 75 orang kanak-kanak ( 45 lelaki dan 30 perempuan) menyertai lawatan ini. 4 ibu dan 4 remaja turut serta sebagai fasilitator. Bas bertolak ke Pasir Gudang jam 8.30 am. Sarapan pagi dinikmati diatas bas.
9.30 am Perjalanan ke Muzium mengambil masa hampir satu jam. Sesampainya disana, kanak-kanak dibahagi kepada dua kumpulan, kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan lelaki memasuki ruangan bengkel dahulu , manakala kumpulan perempuan dibawa melihat pameran dan tayangan video dibahagian lain dalam muzium. Setelah kumpulan lelaki selesai sesi bengkel, mereka dibawa melihat pameran. Sementara itu, kumpulan perempuan pula memasuki bengkel.
i) Sesi penerangan, pameran dan menonton video.
En Anuar bin Abdul Ghani selaku ketua muzium memberi penerangan tentang antara lainnya ;
ð Bagaimana idea untuk mengadakan muzium ini timbul,
ð Bila muzium ini dibina,
ð Festival tahunan yang diadakan ,
ð Penyertaan dari berbagai negara,
ð Jenis-jenis layang-layang
ð Persatuan Pelayang Johor
ð Wau rasmi setiap negeri dalam Malaysia. Wau rasmi bagi negeri Johor adalah Wau Merak
Pelbagai lagi aktiviti diadakan oleh pihak muzium dalam memelihara, menggalak, mengembang, mengekal dan memajukan seni budaya wau tradisional.
Selesai sesi penerangan diatas , En Anuar membawa kami mengelilingi kawasan pameran sambil menerangkan apakah nama layang-layang yang ada, siapa penciptanya dan dari negara mana.
Pelbagai jenis dan bentuk layang-layang yang ada . Sungguh unik, menarik dan berwarna-warni.
Menurut En Anuar lagi, setiap tahun, festival layang-layang antarabangsa, mempunyai konsep yang berlainan. Sebagai contoh, tahun 2006, konsep ciptaan layang-layang berdasarkan tajuk “laut’. Oleh itu, berbagai ciptaan telah dihasilkan seperti layang-layang berbentuk kapal, tapak sulaiman, sotong, ikan dan lain-lain lagi. Sambungnya lagi, layang-layang ciptaan orang dari
Penat juga melihat pameran, sesi ini diakhiri dengan tayangan klip Festival Layang-Layang Antarabangsa bagi tahun-tahun lepas, jenis layang-layang yang masuk bertanding dan cara peserta menerbangkan ciptaan masing-masing.
ii) Sesi bengkel :-
Dalam sesi ini, kanak-kanak diajar membuat layang-layang yang asas. Bahan-bahan telah disediakan oleh pihak muzium . Seorang pegawai muzium (Encik Din) menunjukkan cara membuat layang-layang dihadapan dan kanak-kanak memerhati serta mengikut arahan beliau . Seronok melihat kanak-kanak ini bersungguh-sungguh membuat layang-layang masing-masing.
11.00 am Kami semua bergerak menuju
Tidak lama kemudian kelihatan beberapa pegawai muzium keluar ke
12.15tgh Masa untuk makan tengahari. Bersemangat sungguh kanak-kanak makan. Maklumlah penat dan haus selepas bermain.
12.45pm Kanak-kanak dikumpulkan untuk sama-sama bergerak ke Masjid Jamek Pasir Gudang yang terletak bersebelahan kawasan muzium untuk solat zohor disana. Sementara menunggu bas membawa kami pulang, ada lagi yang masih bermain layang-layang di kawasan masjid. Masing-masing tidak puas bermain dan berharap agar dilewatkan waktu bertolak. Fasilitator han1ya tersenyum kerana kami telah berjanji dengan pemandu bas untuk bertolak jam 2 petang dan dengan para ibubapa untuk sampai di pejabat JIM jam 3 petang.
3.00pm Alhamdulillah kami selamat tiba sebagaimana jadual.. Walaupun keletihan, terbayang dimuka kanak-kanak keseronokan menyertai lawatan ini.
LAPORAN TAHUNAN KELAB KANAK-KANAK JIM JOHOR BAHRU
LAPORAN TAHUNAN KELAB KANAK-KANAK JIM JOHOR BAHRU
SESI 2006/2007
Pengarah : Puan Norliza bt Shamsudin
Timbalan Pengarah : Cik Sri Wana bt Buniran
Setiausaha : Puan Laili Suhana
Bendahari : Cik Faryzah bt Safar
Ahli Jawatankuasa : Cik Rohaizat bt Mahat
Puan Siti Junainah bt Md Som
Ahli Kelab Kanak-kanak JIM Johor Bahru terdiri daripada kanak-kanak yang berumaur di antara 5-12 tahun.Seramai 120 orang kanak-kanak telah pun mendaftar sebagai ahli
Pelbagai aktiviti telah dirancangkan telah dapat dijalankan Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti yang tergendala disebabkan banjir yang melanda Johor pada awal tahun 2007.
Aktivit-aktiviti pada tahun 2006 adalah:
26 0gos 2006
Program Cuti Sekolah JOM KE DUSUN.
Program ini talah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli dan bukan ahli.Lawatan ke Kg Pok yang terletak Paya Mengkuang , Gelang Patah ini adalah dengan kerjasama Ketua Kg Pok iaitu Hj Masud dan masyarakat kampung berkenaan. 2 buah bas
telah disediakan untuk membawa kanak ini ke sana.
Antara objektif program ialah mengujudkan keseronokan kepada ahli-ahli untuk balik ke kampung dan menikmati kelazatan buah-buahan tempatan.Buah-buahan tersebut ialah rambutan, manggis dan pulasan .Kebun buah-buahan tersebut adalah kepunyaan ketu kampung sendiri. Turut serta dalam lawatan itu adalah Ketua Wanita JIM JB, Dr Norizam bt Alias dan keluarga , AJK Wanita JIM JB,AJK JIM JB iaitu Encik Kamal b Khalil dan keluarga serta ibu-ibu sebagai pembantu.
10 September 2006
Program Semarak Ramadhan
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Rofadlin bin Jusoh ,guru dari Sekolah Rendah Islam Hidayah. Pertandingan mewarna dan mengarang turut diadakan.3 hadiah disediakan untuk setiap kategori.
13 Oktober 2006
Program pecah tabung infaq dan iftar Ramadhan.Pertama kali di adakan di pejabat JIM Taman Desa Skudai.Seramai 100 orang ahli telah hadir. Pertandingan membaca surah lazim telah diadakan, yang diadili oleh Ustazah Nabilah dan Puan Solihah.
Pecah tabung infaq pula telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3,343.72. Sebahagian telahpun didermakan kepada orang-orang miskin .Sebahagian lagi akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti Kelab Kanak-kanak JIM JB.
Aktiviti –aktiviti 2007.
Program Love To Solat telah diadakan di Masjid Bandar Baru Uda.Ini adalah anjuran AJK Wanita Masjid Bandar Baru Uda dengan kerjasama AJK JIM JB.Program ini telah di cadangkan oleh Puan Hidayat yang merupakan AJK masjid tersebut.Sambutan dari anak-anak qariah masjid amat menggalakkan.
12 OGOS 2007
Program Semarak Ramadhan dan Pelancaran Tabung Infak
Seramai lebih kurang 40 orang kanak-kanak telah hadir. Majlis dimulakan dengan pembacaan Al Quran surah Al Baqarah ayat 153 -158 oleh adik Azfar b Hisham, 12 tahun dan terjemahannya oleh adik Muhammad Azimuddin 11 tahun.
Pelancaran tabung infaq telah dilancarkan oleh Dr Siti Zaiton yang juga setiausaha WJIMJB.
Ceramah semarak ramadhan pula telah disampaikan oleh Ustaz Azmin b Yusof. Beliau menyarankan supaya anak-anak memperbanyakkan membaca Al Quran bermula dari bulan Rejab, Syaaban lagi sebelum tibanya bulan Ramadhan.Anak-anak juga digalakkan mula berpuasa sunat supaya mudah berpuasa bila tibanya bulan Ramadhan.
Selepas rehat, kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Tiap-tiap kumpulan dikehendaki menyiapkan teka silangkata dan membuat satu persembahan,bertemakan kemerdekaaan atau pengisian ceramah. Fasilitator terdiri dari kakak-kakak sekolah menengah dan tahun enam.Mereka adalah Sarah Naqiyah,Nadia Syahirah, Nur Raihana dan Asma Aqilah.Turut membantu menyediakan teka silangkata ialah Nur Liyana.
Sebelum pulang kanak-kanak telah diberikan bendera gula-gula dan sebungkus makanan ringan.Ianya telah dikendalikan oleh Puan Aziah. Turut membantu ialah Puan Laili Suhana dan Puan Norliza sebagai pengerusi majlis.
Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al Asr.
Kertas Kerja Love to Solat
Kertas kerja LOVE TO SOLAT
1.0 Pengenalan
Program ini telah dimulakan pada tahun 2006 di lokaliti Taman Pulai Perdana dan Taman Sri Skudai/Sri Putri. Ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan anak-anak di lokaliti tersebut. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran yang positif terhadap pemantapan solat anak-anak.
2.0 Objektif
Objektif mengadakan program ini antara lain adalah :
· Memberi kefahaman kepada kanak-kanak yang solat itu wajib.
· Peranan solat dalam kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah.
· Mendidik anak-anak suka mendirikan solat dan tanpa disuruh.
· Memantapkan solat anak-anak yang telah konsisten mendirikan solat.
3.0 Anjuran
Program ini akan dikendalikan oleh :
AJK Wanita JIM JB
AJK Kelab Kanak-kanak JIM JB
AJK Wanita JIM JOHOR.
AJK lokaliti
4.0 Butiran
Tarikh : Ditetapkan oleh lokaliti yang berminat
Masa : 9.00 hingga 12 tengahari
Pengisian : Persembahan multimedia
Sesi bercerita
Kuiz
Panduan mengambil wudhu (menyanyi)
Panduan mengerjakan solat
Menyusun gambar-gambar cara wudhu dan solat
(kerjasama berkumpulan)
Praktikal wudhu dan solat
5.0 Bayaran
Bayaran akan dibincangkan oleh AJK lokaliti masing-masing.
6.0 Lain-lain Hal
Pemberitahuan dan edaran”leaflet” hendaklah dibuat oleh AJK lokaliti.
Berminat, sila hubungi: Pn Norliza 019 7712512
(Pengarah Kelab Kanak-kanak JIM JB)
7.0 Penutup
Program ini diharapkan dapat disebarluaskan kepada masyarakat setempat.